November 27, 2013

0
Comment
HALA TUJU SELEPAS SPM.

11/27/2013
Assalammualikum,


Hari ini merupakan hari terakhir SPM bagi pelajar jurusan sains tulen, tahniah diucapkan!! So macam mana kertas biology tadi? Susah paling hardcore dalam SPM, serious tak tipu. Seronok kan dah habis SPM, macam dah habis segala-galanya. Saya sudah merasai detik-detik tersebut. rasa macam nak buang semua buku-buku, koyak handouts-handouts, bakar baju sekolah and so on. JANGAN GEMBIRA SANGAT ok.

Habis SPM Bukanlah habis segala-galanya. Actually banyak benda yg korang kena fikir. But just forget everything, enjoy yourself untuk seminggu nieyh. Buatlah apa benda yang korang nak asalkan tak membahayakan diri dan memalukan keluarga ok.


After dah habiskan seminggu untuk membuang masa, kembali ke realiti ok guys. Saya listkan benda apa yang korang patut buat selepas SPM :
  • Buat lesen (benda paling penting)
  • Fikir pasal course yang mungkin korang nak amik after this
  • FOR YOU GUYS YANG DAPAT FAST TRACK MARA(like me, hew) be prepared as korang akan daftar masuk university in just a month (January 2014)
  • Pergi carik kerja, boleh dapat duit sendiri, plus dapat isi masa lapang daripada korang duduk goyang kaki tanam anggur kat rumah tu.
Inilah masa terbaik untuk korang decide korang nak sambung belajar dalam bidang or level apa, as education is very important nowadays (serious talk). Nak sambung asasi ker, foundation ker, matriks ker, diploma ker, STPM ker. jangan pernah sesekali pandang rendah kepada STPM okay, it's one of the hardest foundation exam in THE WORLD.

okay macam saya, hmmm. ada sebulan je masa berehat sebab dapat program fast-track MARA (Alhamdulillah). By bulan Januari 2013 haritu dah masuk universiti, start belajar balik (hew penat) But best apa jadi pelajar paling muda dalam kampus. cehhh.

klik ads untuk info mengenai American Degree
I'm doing American University Program now in INTI (under MARA scholarship). Penatlah jugak sebab habis Spm jer terus sambung belajar, lesen pun tak buat lagi, sadis. So bagi yang tak dapat program fast track Mara tu jgn risau sebab after keluar result SPM nanti still boleh mohon. 

Anyway congrats, sebab berjaya lalui SPM dengan tabah. GOOD JOB!

November 12, 2013

9
Comment
TIPS BERGUNA UNTUK KE GUANGZHOU - MEMBORONG DAN SHOPPING.

11/12/2013
Assalammualikum,

Hari ni rasa ringan tangan nak berkongsi tips yang dikongsikan oleh ayah saya seringkali ke Guangzhou - lebih kurang lapan kali setahun, untuk memborong barang dan berniaga secara kecil-kecilan. Seperti yang sedia maklum Guangzhou mmng terkenal dalam kalangan orang Malaysia, terutamanya orang-orang berniaga kerana barangnya amat murah, berkualiti, dan kosnya lebih murah berbanding dengan memborong di Beijing.

Bandaraya Guangzhou.
1) Pengangkutan ke Guangzhou.


Orang yang selalu memborong di Guangzhou akan menempah tiket Air Asia setahun lebih awal daripada tarikh keberangkatan, hal ini akan menjadikan tiket tersebut tersangat murah. Tiket Air Asia kalau ditempah awal hanya RM700-1100 dua hala, lebih awal tempah lebih murah. Ambil extra luggage 30kg supaya anda dapat bawa pulang barang yang di borong.

2) Buat visa dan passport (paling penting)

Bangunan Bank of China, Jalan Ampang.

Sekarang lagi senang sebab boleh isi form visa online di WEBSITE ini, isi semuanya secara lengkap, print dan turunkan tandatangan anda. Kepilkan sekali sekeping gambar passport size, salinan booking tiket kapal terbang pergi dan balik, salinan booking hotel yang akan kita menginap dan Passport. Then pergi ke Chinese Visa Application Service Centre (CVASC) di Bangunan Bank of China (tingkat 2) di Jalan Ampang.

3) Tempah Hotel Murah di Guangzhou.

Terdapat beberapa hotel yang sering digunakan oleh orang Malaysia di Guangzhou. Amatlah murah dan berpatutan, servis pun terbaik. Antaranya Hotel Clivia dan New Asia Hotel, boleh check n tempah hotel murah-murah di WEBSITE INI

4) Gunakan pengangkutan awam (METRO) atau tuk-tuk 

Perkhidmatan metro sangat murah dan cepat. Ia meliputi hampir keseluruhan bandar Guangzhou. Tambang yang dikenakan sekitar 2-6 yuan bergantung kepada destinasi. Sekiranya anda menggunakan metro dari lapangan terbang Baiyun ke pusat bandar, tambangnya hanya 15 yuan. Tuk-tuk ( kenderaan bermotor yang mempunyai 4 seat) juga amatlah murah dah best. Dapat merasa angin sepoi2 bahasa gitu.



5) Tempat shopping and memborong paling masyuk di Guangzhou.

Ada beberapa tempah shopping murah di guangzhou, antara yang popular ONE LINK PLAZA, DIGITAL CENTER, AFRICAN MARKET, SHOES PLAZA, BEIJING LU, KIDS CITY, INTERNATIONAL WHOLESALE CENTER, ZHONG BA CHILDREN'S GARMENT, GUANGZHOU HONGSHENG (leather), NEW ASIA INTERNATIONAL ELECTRONIC AND DIGITAL CITY, LIUHUA FASHION WHOLESALE MARKET, HIGHSUN PLAZA dan banyak lagi.


tempat shopping yang masyuk.

Akhir kata, selamat bershopping dan memborong!!

July 7, 2013

0
Comment
Best Ker MRSM?

7/07/2013
Assalammualikum,

tetibe rasa semangat gila nak post harini. topik pun bunyi macam menarik? eeh yeker. ke saya je yang syok sendiri. oh back to the topic. BEST KER MRSM nieyh? the answer is YES YES YES YES and YES. sangat-sangat best.


okay nampak gambar kat atas? yup, lencana MRSM yang digunakan oleh seluruh MRSM se Malaysia. tak lama lagi peperiksaan utama akan muncul, UPSR n PMR. sudah pasti, ramai antara pembaca2 yang memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM. betul tak? ramai yang mengangguk. ANDA DI JALAN YANG BETUL!! itulah yang terbaik untuk anda.

pengalaman selama 5 tahun menjadi pelajar MRSM banyak meninggalkan impak yang baik, suka-duka, pahit-getir dalam mengharungi kehidupan di MRSM yang dikira agak tough dan perlukan jati diri yang kukuh ok. Bukan suka-suki jer masuk sebab nak enjoy and jumpa kawan baru, komitmen dan usaha yang berterusan juga diperlukan.

so, saya akan ceritakan apa yang best pasal MRSM nieyh, pandangan saya sebagai ex-pelajar MRSM selama lima tahun. 

1) Sistem Pembelajaran Yang Sangat Awesome.


-sistem yang digunakan ala2 universiti gitu, lol. like seriously. pelajar dinilai berdasarkan pointer/GPA.
pada setiap semester, pelajar akan mendapat GPA/PNG yang akan dicampur untuk menjadi CGPA/TPNG. CGPA/Pointer terkumpul akan digunakan untuk menentukan kelas pada majlis graduasi. Luckily, i'm one of the first-class honoured. gred subject akan dikira berdasarkan 15% - ujian pertama, 15%-ujian kedua, 10%-markah kuiz, assignments, vivo, 60%- final semester exam. okeylah, tak payah nak faham sangat, pening.

2) Subjek yang dipelajari.

-kat MRSM bukan subjek peperiksaan sahaja yang di ajar tapi subjek yang di luar silibus juga diajar. kalau masuk dari form 1, 1 semester tidak akan belajar tetapi akan mempelajari modul khas KAT 1, yang merangkumi pelbagai kemahiran. then, subjek tambahan yang kena belajar Sains Komputer, Bahasa Arab, Kemahiran Asas Belajar, Kursus Kemahiran Berfikir, Keusahawanan.

3) Belajar laju.

- like seriously, ni betul eeh tak mainlah nak tipu2 nieyh. pelajar MRSM akan belajar dengan lajunya. silibus akan di compact kan. belajar tak ikut silibus kementerian. contoh, time form 1 dah belajar bab-bab form 2. apa sebabnya? silibus mesti dihabiskan 3-4 bulan sebelum peperiksaan besar. kerana biasanya guru-guru akan revise balik semua pasal subjek tu after habis silibus. awesome gilos. jangan risau, nampak macam seram tapi korang akan dapat catch up sebab semua guru adalah guru cemerlang.

Sampai sini dululah post kali ni, kalau nak ikutkan panjang lagi nieyh. 
penat pulak nak menaip banyak-banyak.
moh ler kita masuk MRSM. hew hew hew

May 27, 2013

3
Comment
JALAN - JALAN DI GUANGZHOU, CHINA.

5/27/2013

Assalammualikum,

yeay, akhirnya dapat juga saya post something after dah lama gilos mendiamkan diri. saya nak cerita pasal perjalanan saya dan ayahanda ke kota guangzhou pada 18 may - 22 may 2013 yg lalu. seronok sangat bila first time dapat pergi sini walaupun ayahanda telah ke sana banyak kali. :) so here the story.


guangzhou international airport, besar sangat.

so bertolak dari KLIA dalam pukul 8.00 pagi dengan MAS dan sampai pukul 12.00 tgh hari, sangat sekejap makan tido makan tido dah sampai. tidur2 ayam okay tak nyenyak langsung, so the adventure officially begin. cuaca di sana pada waktu itu ialah 37 celcius. panas sangat kalahkan malaysia, summer kan. 



metro map guangzhou

dari airport terus amik metro terus ke sun yat sen memorial hall station. tiket sangat2 murah dan train amat cepat sampai. turun kat stesen tu terus berjalan hingga tiba di hotel penginapan iaitu CLIVIA HOTEL. ramai orang melayu especially yg berniaga menginap di sini coz harganya murah dan service yg excellent. tabik sikit! 

hotel yang simple tapi terbaik :)


bilik saya dan ayahanda.

bilik di sini amatlah murah dan berpatutan. bilik kami di atas berharga RM 90 semalam. amat2 berbaloi. sangat selesa dan lengkap dengan semua kemudahan, wifi juga!! check in dan refreshkan. after 1 jam di bilik kami terus keluar dan menuju ke tempat shopping !!!

Antara tempat-tempat shopping terbaik di guangzhou ialah :
  1. one link shopping complex
  2. digital shopping complex
  3. silk house
  4. african market
  5. banyak lagi ( serius dah lupa )

jalan2 pada kali ini sangat best kerana ayahanda pandai bertutur dalam mandarin. memudahkan semua urusan dan mendapat diskaun yg berkali ganda. conclusion, guangzhou ialah syurga barang murah dan tempat terbaik untuk dapatkan stok2 perniagaan. dan tidak sesuai dengan jiwa kanak-kanak seperti saya ini. jom share pengalaman guangzhou dengan saya. comment sahaja :)

May 1, 2013

0
Comment
OFFICIAL COMEBACK 2013.

5/01/2013



assalammualaikum, cuba baca tajuk post, lol, bajet blogger popular jer kan siap nak ber official comeback bagai. alahai. seriously rasa macam dah berdekad-dekad tidak menulis. bukan sebab sombong ( tidak sekali) tetapi kekangan waktu yang tidak mengizinkan lah.

so, here i am. back again to blog life. *tangan melambai-lambai. bajet ada orang kesah je kan. but seriously hidup saya amatlah sibuk sejak habis SPM lagi. harap kalian faham :). banyak sangat yang saya terlupa nak cerita. rindu sangat nak menulis.

1 tahun 5 bulan

ada beberapa perkara yang berlaku actually. nada serius. ha3. tak adalah. banyak perubahan besar yang berlaku dalam diri saya. serious talk.Alhamdulillah saya di tawarkan ke INTI International University untuk membuat AMERICAN DEGREE TRANSFER PROGRAM. saya belajar di sini selama 1 tahun 5 bulan bermula januari 2013 sebelum melanjutkan pelajaran ke USA selama 4 tahun dalam bidang AERONAUTICAL ENGINEERING. alhamdulillah cita2 tercapai.

4 tahun.

saya sudah 5 bulan di INTI. dah habis semester 1! hurm cepatnya masa berlalu. alhamdulillah juga kerana saya telah mendapat 9A dalam SPM. :)