January 26, 2014

1
Comment
NAK BELI KAMERA INSTAX MINI DAN AKSESORI ONLINE MURAH?

1/26/2014
Assalammualikum guys, post before this dah share cara saya beli instax mini 8 murah. Yang memang nak beli tu baca post before this, sure korang akan senyum lebar bila tengok harga yang murah dekat Lazada tu.

So, after dah beli kamera instax tu mesti terfikirkan nak beli album, films, case etc yang berkaitan dengan kamera instax mini korang tu kan? Saya pun buat research nak cari dekat mana boleh kita beli semua aksesori tu online dengan harga yang berpatutan.

Bawah ni ada a few list of online shops yang jual berbagai jenis aksesori + kamera instax secara online yang memang boleh di percayai dengan harga yang berpatutan. Pandai-pandailah nak tawar-menawar sebab penjual2 ini sangat murah hati :D
  1. Fujifilm Instax Camera
  2. Fujifilm Instax - Pasar Mini Ku
  3. Royal Instax Pro
  4. Saffawati's Blog
  5. Foto Pelangi
  6. Saffawati's Shop
  7. kamerami.lovefilms
So, korang boleh lah survey online shop - online shop tersebut. Compare harga before beli. Kalau ada apa-apa soalan pasal instax comment sahaja! Selamat berInstax.


January 21, 2014

1
Comment
NAK TENGOK DRAMA KOREA ONLINE? BUFFER CEPAT?

1/21/2014


Assalammualikum, hari ini nak share sikit cara nak tengok drama korea online, buffer pun cepat even internet slow. Drama Korea sekarang sudah menjadi trend kerana ia sangat unik berbanding drama Melayu yang agak cliche dan mainstream.

Ada banyak cara untuk tengok drama korea ni. Copy dari kawan, tengok dekat astro : One HD, TVBS. Boleh juga tengok online. Ni yang paling saya suka ni, jimat masa dan boleh tengok di mana sahaja. Cucuk broadband, bukan laman web tersebut dan pilih drama yang korang nak tengok. It's so easy like A,B,C. Di bawah ni ada a few websites yang saya biasa guna untuk tengok drama korea secara online, buffer tak lama and sangat banyak pilihan drama.

Update: 
Dekat post ni saya ada share cara paling senang/cepat nak tengok drama korea, korean variety show!! >>KLIK SINI!

1) DramaGo


2) Maaduu



Tiga laman web tu mmng biasa saya guna untuk tengok drama korea/show game macam running man. Seriously buffer cepat, tak bazir masa nak tunggu buffer. So nanti sharelah dengan kawan-kawan korang websites2 tersebut okayh. Bye.


January 20, 2014

0
Comment
DRAMA KOREA YANG BEST

1/20/2014
Okay saya mengaku yang drama korea memang best. Dulu punyalah taknak tengok sebab orang cakap cliche lah, over romantik lah, dan sebagainya. Sebab utama saya tengok juga drama korea ialah kerana drama melayu amatlah cliche dan boleh di jangka. Bukan nak kutuk ke apa, jalan cerita/plot kesemua drama Melayu hampir sama. Mesti melibatkan kahwin paksa, kahwin kerana bisnes, mula-mula tak rela nak kahwin lepas tu mula suka. Inilah realiti drama Melayu sekarang.

Drama korea pula bukan semuanya berunsur romantik atau cinta. Ada drama mengenai sejarah mereka, persahabatan. Sangat-sangat best, plot amat menarik. Ni ada list drama korea yang paling best dan harus di tonton. Drama yang ada review saya dah tengok, yang takde review saya bakal/ sedang menonton.

1) Boys Over Flowers


Drama korea first yang saya tengok, mmng best. Lakonan mantap 4 orang pelakon lelaki terhebat terutamanya Lee Min Ho. Drama ni pasal cinta dan persahabatan. Ada kaitan dengan bisnes dan kehidupan orang kaya di Korea. Sangat-sangat best!! 

2) Rooftop Prince 


Drama ni sangat menarik. Gabungan di antara sejarah dan zaman moden korea. Drama ini mengenai prince dan pembantunya pada dinasti Joseon di bawa ke masa hadapan untuk merungkai misteri di sebalik kematian princess nya. Thumbs up!

3) Full House


Drama ini agak ketinggalan zaman tapi sangat best. Wajib tonton. Drama ini mengenai seorang pelakon lelaki yang amat popular kahwin kontrak dengan seorang penulis yang memiliki sebuah rumah besar iaitu 'Full House'. Pelakon lelaki tersebut terpaksa melalui rintangan untuk mengekalkan perkhwinan kontrak mereka. Dorang sangat sweet. Wajib tengok.

4) Playfull Kiss


Drama ini di bintangi pelakon hebat iaitu Kim Hyun Joong, beliau juga meruapakn hero kedua di dalam drama Boys Over Flowers. Drama ini mengenai seorang pelajar perempuan yang berada di kelas tercorot suka kepada pelajar lelaki yang paling pandai di sekolah tersebut. Mereka di takdirkan duduk di rumah yang sama kerana kedua-dua bapa mereka berkawan baik. sangat best! Tengok jangan tak tengok.

5) The Heirs.

6) Heartstrings 

7) My Girl 

8) Personal Taste

9) City Hunter

10) Sungkyukwan Scandal 

Ni antara drama korea yang saya rasa best. So rajin-rajinlah diri untuk tengok. Online lagi senang sekarang. Apa drama yang korang dah tengok and best lagi? Comment nama-nama drama yang korang rasa sangat best and takde dalam list tersebut ok.