August 23, 2012

1
Comment
AERONAUTICAL ENGINEERING.. :]

8/23/2012
oh, itulah impian saya MR.AERONAUTICAL ENGINEER.

salam syawal yang ke-6, selamat hari raya maaf zahir dan batin.huhu.. dah lama dah tak post apa2 kat blog yang serba kekurangan ni. dah berhabuk dan bersawang. macam manalah nak kemaskan blog nie. pening sudah.

oowh, nak cerita ni haritu before balik cuti raya ni, kitorang budak-budak mrsm tingkatan 5 ade mock-interview. untuk brush skill kitorang berinterview.oklah kot sebab markah pon sangat-sangat tak disangka. memang payah soalan-soalan yang ditanya.dahlah 100% in english. so, yang tak fasih berbahasa penjajah tu tergagap-gagap lah kat pusat temuduga tu. rasa memang nak tolong sebab kawan kan tapi nak buat macam mana dah peraturan. then, before interview tu jenguk2lah website sikit pasal cita-cita masa depanku.

" so, what is your ambition and where do you want to work,?". saya pun jawablah dengan yakinnya "my ambition is to be a PROFESSIONAL AERONAUTICAL ENGINEER and I will work as the leader of engineer in EMIRATES AIRLINES, DUBAI. tersenyum bangga lepas jawab soalan yang ditanya oleh mereka-mereka itu.

dekat sini saya berkongsi sedikit mengenai karier sebagai aeronautical engineer di malaysia salah satu bidang engineering yang tak berapa nak berkembang dan maju di malaysia. aeronautical engineering ialah pecahan daripada aerospace engineering. aerospace engineering berkaitan kejuruteraan benda2 terbang di bumi dan luar daripada bumi. aeronautical engineering merupakan sebahagian dripadanya kerana bidang ini hanya bertumpu kepada kapal terbang di dalam atmosfera bumi sahaja.

so, doakan semoga saya berjaya mencapai cita2 saya ini.
dan sesiapa yang membaca doakan untuk SPM saya 9A+ INSYAALLAH.