January 5, 2017

0
Comment
Cara Nak Book Airbnb dan Promo Kod

1/05/2017
Hey guys, 

Homepage Airbnb.com
Sekarang ni memang menjadi trend untuk bercuti/berbackpacking secara murah. Salah satu perkara yang penting untuk memastikan percutian itu murah ialah penginapan. Airbnb merupakan salah satu laman web untuk menempah penginapan. Apa yang special? Ia sangatlah murah berbanding hotel/hostel dan kita boleh rasa duduk dengan masyarakat setempat/sekeliling. Even di Malaysia terdapat banyak Airbnb especially di lokasi popular seperti Penang, Langkawi etc. 

Macam mana nak book? Senang sangat: 

1) Korang kenalah daftar (signup) dahulu dan lengkapkan profil untuk memberi keyakinan kepada tuan rumah untuk membenarkan korang menginap di tempat mereka. GUNA LINK INI UNTUK MENDAPATKAN PROMOSI $35 ATAU RM157 semasa mendaftar. 

2) Bolehlah start dengan letakkan destinasi, tarikh dan bilangan guest. Boleh pilih jenis bilik yang anda mahukan. Kalau ramai boleh lah pilih satu rumah. Boleh zoom in dekat peta untuk lokasi tertentu yang anda mahukan.


3) Lepastu boleh klik dekat rumah/bilik yang anda berminat. Boleh baca secara terperinci mengenai bilik/rumah tersebut. Berapa total bayaran yang diperlukan etc. 


4) The best part is korang boleh baca review daripada orang yang pernah menetap di situ. Ini sangat berguna untuk menentukan tempat tersebut betul-betul bagus atau tidak. Selalunya decision saya untuk menginap atau tidak bergantung kepada reviews yang diberikan orang lain. 


5) Kalau berminat nak book tekan 'Book'. JANGAN LUPA untuk mengisi ruangan 'hello to your host...'. Bagitau korang daripada mana, bila nak datang, tujuan menginap. Gunakan ayat-ayat positif seperti 'we're very excited...', 'this is our first time...', 'we really hope we can stay at your place..' etc. 
And untuk payment, korang tak akan di charge selagi tuan rumah setuju untuk membenarkan korang menginap di rumah/bilik tersebut. 


SELAMAT BERCUTI!!
KLIK LOGO DI ATAS SEBELUM SIGNUP UNTUK MENERIMA $35/RM157!!

June 3, 2016

21
Comment
Pengalaman Belajar di Luar Negara (USA) - Part 2

6/03/2016
Hai guys,

Seriously dah berhabuk dah blog ni sebab dah lama sangat tak update, maybe sebab busy (acah-acah busy actually). So yeah, here I am. LEPAS DUA TAHUN BARU NAK UPDATE PART TWO. Anyways, yang nak baca part 1 boleh KLIK NI

So, sekarang tengah dekat Malaysia for 3 months ++ for Summer Break. Yes berehat sepenuh masa, tak buat part time job, tak buat internship but ada ambil kelas online which will start after raya nanti. So yeah. Kepada yang tidak mengetahui (acah popular haish) saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Civil Engineering dekat The Ohio State University, Columbus, Ohio under MARA. Baru habis tahun kedua (Sophomore Year). Balik US nanti terus start with Junior Year and I'll have 2 more years in the States before graduating (In Shaa Allah). 

My College Life

Main Library - Grand Reading Room 

Freshmen and Sophomore Year ( tahun pertama and kedua) sangat-sangatlah memenatkan kerana untuk Engineering Major masa inilah yang menentukan engineering major apa yang akan anda teruskan. Saya bermula dengan Aerospace but tak ada rezeki tak dapat masuk and tukar ke Civil Engineering, but anyways Alhamdulillah. 

US College education system sangat perlukan kerajinan sebab untuk final grade calculation. 40% diambil daripada homeworks, group project, quiz, lab. And 60% from midterm 1, midterm 2, midterm 3 and final exam. This is the grading scale, and it's really hard to get an A especially for critical subjects.

Belajar sangatlah best tapi exam sangatlah susah. Americans sangat-sangat friendly. They will introduce themselves first on the first day of class. Americans sangatlah loyal as they will always seat with you throughout the semester. Kalau ada soalan terus tanya sebab dorang akan sedaya upaya jawab. 

So if ada soalan regarding academic stuff or general questions about college boleh email farezshah@live.com or reach me through twitter: farez_shah. Malas nak membebel banyak-banyak, let the pictures do the talking (LOL):

Ni masa Involvement Fair (for clubs, sorority, fraternity, organizations etc)
Ni pun masa Involvement Fair (That's the gym left and right)
Ni masa football game. OSU is among top schools for College Football.
Ni pun masa football game
This is the Ohio Union. 
That's the sciences and engineering library. 
Dalam lecture (nerd okay duduk depan)
Snow sangatlah lebat dekat Columbus sampai depan pintu tebal
Going to class = North Pole expedition 
So, saya akan continue lagi with my travel experiences in another post. I've travelled to a few places such as New York, Florida, Los Angeles and banyak lagi. 

Bye!