July 7, 2013

0
Comment
Best Ker MRSM?

7/07/2013
Assalammualikum,

tetibe rasa semangat gila nak post harini. topik pun bunyi macam menarik? eeh yeker. ke saya je yang syok sendiri. oh back to the topic. BEST KER MRSM nieyh? the answer is YES YES YES YES and YES. sangat-sangat best.


okay nampak gambar kat atas? yup, lencana MRSM yang digunakan oleh seluruh MRSM se Malaysia. tak lama lagi peperiksaan utama akan muncul, UPSR n PMR. sudah pasti, ramai antara pembaca2 yang memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM. betul tak? ramai yang mengangguk. ANDA DI JALAN YANG BETUL!! itulah yang terbaik untuk anda.

pengalaman selama 5 tahun menjadi pelajar MRSM banyak meninggalkan impak yang baik, suka-duka, pahit-getir dalam mengharungi kehidupan di MRSM yang dikira agak tough dan perlukan jati diri yang kukuh ok. Bukan suka-suki jer masuk sebab nak enjoy and jumpa kawan baru, komitmen dan usaha yang berterusan juga diperlukan.

so, saya akan ceritakan apa yang best pasal MRSM nieyh, pandangan saya sebagai ex-pelajar MRSM selama lima tahun. 

1) Sistem Pembelajaran Yang Sangat Awesome.


-sistem yang digunakan ala2 universiti gitu, lol. like seriously. pelajar dinilai berdasarkan pointer/GPA.
pada setiap semester, pelajar akan mendapat GPA/PNG yang akan dicampur untuk menjadi CGPA/TPNG. CGPA/Pointer terkumpul akan digunakan untuk menentukan kelas pada majlis graduasi. Luckily, i'm one of the first-class honoured. gred subject akan dikira berdasarkan 15% - ujian pertama, 15%-ujian kedua, 10%-markah kuiz, assignments, vivo, 60%- final semester exam. okeylah, tak payah nak faham sangat, pening.

2) Subjek yang dipelajari.

-kat MRSM bukan subjek peperiksaan sahaja yang di ajar tapi subjek yang di luar silibus juga diajar. kalau masuk dari form 1, 1 semester tidak akan belajar tetapi akan mempelajari modul khas KAT 1, yang merangkumi pelbagai kemahiran. then, subjek tambahan yang kena belajar Sains Komputer, Bahasa Arab, Kemahiran Asas Belajar, Kursus Kemahiran Berfikir, Keusahawanan.

3) Belajar laju.

- like seriously, ni betul eeh tak mainlah nak tipu2 nieyh. pelajar MRSM akan belajar dengan lajunya. silibus akan di compact kan. belajar tak ikut silibus kementerian. contoh, time form 1 dah belajar bab-bab form 2. apa sebabnya? silibus mesti dihabiskan 3-4 bulan sebelum peperiksaan besar. kerana biasanya guru-guru akan revise balik semua pasal subjek tu after habis silibus. awesome gilos. jangan risau, nampak macam seram tapi korang akan dapat catch up sebab semua guru adalah guru cemerlang.

Sampai sini dululah post kali ni, kalau nak ikutkan panjang lagi nieyh. 
penat pulak nak menaip banyak-banyak.
moh ler kita masuk MRSM. hew hew hew