Okay saya mengaku yang drama korea memang best. Dulu punyalah taknak tengok sebab orang cakap cliche lah, over romantik lah, dan sebagainya. Sebab utama saya tengok juga drama korea ialah kerana drama melayu amatlah cliche dan boleh di jangka. Bukan nak kutuk ke apa, jalan cerita/plot kesemua drama Melayu hampir sama. Mesti melibatkan kahwin paksa, kahwin kerana bisnes, mula-mula tak rela nak kahwin lepas tu mula suka. Inilah realiti drama Melayu sekarang.
Drama korea pula bukan semuanya berunsur romantik atau cinta. Ada drama mengenai sejarah mereka, persahabatan. Sangat-sangat best, plot amat menarik. Ni ada list drama korea yang paling best dan harus di tonton. Drama yang ada review saya dah tengok, yang takde review saya bakal/ sedang menonton.
1) Boys Over Flowers
Drama korea first yang saya tengok, mmng best. Lakonan mantap 4 orang pelakon lelaki terhebat terutamanya Lee Min Ho. Drama ni pasal cinta dan persahabatan. Ada kaitan dengan bisnes dan kehidupan orang kaya di Korea. Sangat-sangat best!!
2) Rooftop Prince
Drama ni sangat menarik. Gabungan di antara sejarah dan zaman moden korea. Drama ini mengenai prince dan pembantunya pada dinasti Joseon di bawa ke masa hadapan untuk merungkai misteri di sebalik kematian princess nya. Thumbs up!
3) Full House
Drama ini agak ketinggalan zaman tapi sangat best. Wajib tonton. Drama ini mengenai seorang pelakon lelaki yang amat popular kahwin kontrak dengan seorang penulis yang memiliki sebuah rumah besar iaitu 'Full House'. Pelakon lelaki tersebut terpaksa melalui rintangan untuk mengekalkan perkhwinan kontrak mereka. Dorang sangat sweet. Wajib tengok.
4) Playfull Kiss
Drama ini di bintangi pelakon hebat iaitu Kim Hyun Joong, beliau juga meruapakn hero kedua di dalam drama Boys Over Flowers. Drama ini mengenai seorang pelajar perempuan yang berada di kelas tercorot suka kepada pelajar lelaki yang paling pandai di sekolah tersebut. Mereka di takdirkan duduk di rumah yang sama kerana kedua-dua bapa mereka berkawan baik. sangat best! Tengok jangan tak tengok.
5) The Heirs.
6) Heartstrings
7) My Girl
8) Personal Taste
9) City Hunter
10) Sungkyukwan Scandal
Ni antara drama korea yang saya rasa best. So rajin-rajinlah diri untuk tengok. Online lagi senang sekarang. Apa drama yang korang dah tengok and best lagi? Comment nama-nama drama yang korang rasa sangat best and takde dalam list tersebut ok.