November 27, 2013

0
Comment
HALA TUJU SELEPAS SPM.

11/27/2013
Assalammualikum,


Hari ini merupakan hari terakhir SPM bagi pelajar jurusan sains tulen, tahniah diucapkan!! So macam mana kertas biology tadi? Susah paling hardcore dalam SPM, serious tak tipu. Seronok kan dah habis SPM, macam dah habis segala-galanya. Saya sudah merasai detik-detik tersebut. rasa macam nak buang semua buku-buku, koyak handouts-handouts, bakar baju sekolah and so on. JANGAN GEMBIRA SANGAT ok.

Habis SPM Bukanlah habis segala-galanya. Actually banyak benda yg korang kena fikir. But just forget everything, enjoy yourself untuk seminggu nieyh. Buatlah apa benda yang korang nak asalkan tak membahayakan diri dan memalukan keluarga ok.


After dah habiskan seminggu untuk membuang masa, kembali ke realiti ok guys. Saya listkan benda apa yang korang patut buat selepas SPM :
  • Buat lesen (benda paling penting)
  • Fikir pasal course yang mungkin korang nak amik after this
  • FOR YOU GUYS YANG DAPAT FAST TRACK MARA(like me, hew) be prepared as korang akan daftar masuk university in just a month (January 2014)
  • Pergi carik kerja, boleh dapat duit sendiri, plus dapat isi masa lapang daripada korang duduk goyang kaki tanam anggur kat rumah tu.
Inilah masa terbaik untuk korang decide korang nak sambung belajar dalam bidang or level apa, as education is very important nowadays (serious talk). Nak sambung asasi ker, foundation ker, matriks ker, diploma ker, STPM ker. jangan pernah sesekali pandang rendah kepada STPM okay, it's one of the hardest foundation exam in THE WORLD.

okay macam saya, hmmm. ada sebulan je masa berehat sebab dapat program fast-track MARA (Alhamdulillah). By bulan Januari 2013 haritu dah masuk universiti, start belajar balik (hew penat) But best apa jadi pelajar paling muda dalam kampus. cehhh.

klik ads untuk info mengenai American Degree
I'm doing American University Program now in INTI (under MARA scholarship). Penatlah jugak sebab habis Spm jer terus sambung belajar, lesen pun tak buat lagi, sadis. So bagi yang tak dapat program fast track Mara tu jgn risau sebab after keluar result SPM nanti still boleh mohon. 

Anyway congrats, sebab berjaya lalui SPM dengan tabah. GOOD JOB!

November 12, 2013

8
Comment
TIPS BERGUNA UNTUK KE GUANGZHOU - MEMBORONG DAN SHOPPING.

11/12/2013
Assalammualikum,

Hari ni rasa ringan tangan nak berkongsi tips yang dikongsikan oleh ayah saya seringkali ke Guangzhou - lebih kurang lapan kali setahun, untuk memborong barang dan berniaga secara kecil-kecilan. Seperti yang sedia maklum Guangzhou mmng terkenal dalam kalangan orang Malaysia, terutamanya orang-orang berniaga kerana barangnya amat murah, berkualiti, dan kosnya lebih murah berbanding dengan memborong di Beijing.

Bandaraya Guangzhou.
1) Pengangkutan ke Guangzhou.


Orang yang selalu memborong di Guangzhou akan menempah tiket Air Asia setahun lebih awal daripada tarikh keberangkatan, hal ini akan menjadikan tiket tersebut tersangat murah. Tiket Air Asia kalau ditempah awal hanya RM700-1100 dua hala, lebih awal tempah lebih murah. Ambil extra luggage 30kg supaya anda dapat bawa pulang barang yang di borong.

2) Buat visa dan passport (paling penting)

Bangunan Bank of China, Jalan Ampang.

Sekarang lagi senang sebab boleh isi form visa online di WEBSITE ini, isi semuanya secara lengkap, print dan turunkan tandatangan anda. Kepilkan sekali sekeping gambar passport size, salinan booking tiket kapal terbang pergi dan balik, salinan booking hotel yang akan kita menginap dan Passport. Then pergi ke Chinese Visa Application Service Centre (CVASC) di Bangunan Bank of China (tingkat 2) di Jalan Ampang.

3) Tempah Hotel Murah di Guangzhou.

Terdapat beberapa hotel yang sering digunakan oleh orang Malaysia di Guangzhou. Amatlah murah dan berpatutan, servis pun terbaik. Antaranya Hotel Clivia dan New Asia Hotel, boleh check n tempah hotel murah-murah di WEBSITE INI

4) Gunakan pengangkutan awam (METRO) atau tuk-tuk 

Perkhidmatan metro sangat murah dan cepat. Ia meliputi hampir keseluruhan bandar Guangzhou. Tambang yang dikenakan sekitar 2-6 yuan bergantung kepada destinasi. Sekiranya anda menggunakan metro dari lapangan terbang Baiyun ke pusat bandar, tambangnya hanya 15 yuan. Tuk-tuk ( kenderaan bermotor yang mempunyai 4 seat) juga amatlah murah dah best. Dapat merasa angin sepoi2 bahasa gitu.



5) Tempat shopping and memborong paling masyuk di Guangzhou.

Ada beberapa tempah shopping murah di guangzhou, antara yang popular ONE LINK PLAZA, DIGITAL CENTER, AFRICAN MARKET, SHOES PLAZA, BEIJING LU, KIDS CITY, INTERNATIONAL WHOLESALE CENTER, ZHONG BA CHILDREN'S GARMENT, GUANGZHOU HONGSHENG (leather), NEW ASIA INTERNATIONAL ELECTRONIC AND DIGITAL CITY, LIUHUA FASHION WHOLESALE MARKET, HIGHSUN PLAZA dan banyak lagi.


tempat shopping yang masyuk.

Akhir kata, selamat bershopping dan memborong!!