November 12, 2013

9
Comment
TIPS BERGUNA UNTUK KE GUANGZHOU - MEMBORONG DAN SHOPPING.

11/12/2013
Assalammualikum,

Hari ni rasa ringan tangan nak berkongsi tips yang dikongsikan oleh ayah saya seringkali ke Guangzhou - lebih kurang lapan kali setahun, untuk memborong barang dan berniaga secara kecil-kecilan. Seperti yang sedia maklum Guangzhou mmng terkenal dalam kalangan orang Malaysia, terutamanya orang-orang berniaga kerana barangnya amat murah, berkualiti, dan kosnya lebih murah berbanding dengan memborong di Beijing.

Bandaraya Guangzhou.
1) Pengangkutan ke Guangzhou.


Orang yang selalu memborong di Guangzhou akan menempah tiket Air Asia setahun lebih awal daripada tarikh keberangkatan, hal ini akan menjadikan tiket tersebut tersangat murah. Tiket Air Asia kalau ditempah awal hanya RM700-1100 dua hala, lebih awal tempah lebih murah. Ambil extra luggage 30kg supaya anda dapat bawa pulang barang yang di borong.

2) Buat visa dan passport (paling penting)

Bangunan Bank of China, Jalan Ampang.

Sekarang lagi senang sebab boleh isi form visa online di WEBSITE ini, isi semuanya secara lengkap, print dan turunkan tandatangan anda. Kepilkan sekali sekeping gambar passport size, salinan booking tiket kapal terbang pergi dan balik, salinan booking hotel yang akan kita menginap dan Passport. Then pergi ke Chinese Visa Application Service Centre (CVASC) di Bangunan Bank of China (tingkat 2) di Jalan Ampang.

3) Tempah Hotel Murah di Guangzhou.

Terdapat beberapa hotel yang sering digunakan oleh orang Malaysia di Guangzhou. Amatlah murah dan berpatutan, servis pun terbaik. Antaranya Hotel Clivia dan New Asia Hotel, boleh check n tempah hotel murah-murah di WEBSITE INI

4) Gunakan pengangkutan awam (METRO) atau tuk-tuk 

Perkhidmatan metro sangat murah dan cepat. Ia meliputi hampir keseluruhan bandar Guangzhou. Tambang yang dikenakan sekitar 2-6 yuan bergantung kepada destinasi. Sekiranya anda menggunakan metro dari lapangan terbang Baiyun ke pusat bandar, tambangnya hanya 15 yuan. Tuk-tuk ( kenderaan bermotor yang mempunyai 4 seat) juga amatlah murah dah best. Dapat merasa angin sepoi2 bahasa gitu.



5) Tempat shopping and memborong paling masyuk di Guangzhou.

Ada beberapa tempah shopping murah di guangzhou, antara yang popular ONE LINK PLAZA, DIGITAL CENTER, AFRICAN MARKET, SHOES PLAZA, BEIJING LU, KIDS CITY, INTERNATIONAL WHOLESALE CENTER, ZHONG BA CHILDREN'S GARMENT, GUANGZHOU HONGSHENG (leather), NEW ASIA INTERNATIONAL ELECTRONIC AND DIGITAL CITY, LIUHUA FASHION WHOLESALE MARKET, HIGHSUN PLAZA dan banyak lagi.


tempat shopping yang masyuk.

Akhir kata, selamat bershopping dan memborong!!

9 comments:

ijam said...

Salam.Saya tak pernah ke Guangzhou lgi wlupun keje kt airport.Company ada bgi tiket.Saya cadang nk jual.klu Encik mnt email ijam_fta@yahoo.com Terima Kasih.

shidasanmil said...

wahhh bestnye dpt shopping kat china..hehe thank you sharing info..will be veryyyyy usefull for others...

AFCR CAR RENTAL JB said...

Sy akn ke guangzhou esok..thanks for sharing.

Kawan_Cyber said...

Tempahan Tiket Penerbangan Murah ke Guangzhou bagi Tahun 2016 kini dibuka.

Keistimewaan Tiket Ini:-
Harga RM650, lebih rendah berbanding harga Tiket Biasa.
Harga Tiket (Pergi & Balik) Termasuk Airport Tax + Baggage 20kg (Pergi & Balik)
Sesuai bagi Mereka yang ingin membeli barangan harga murah di China.

Untuk Keterangan lanjut Sila Sms/Whatsapp Mohammad :0177120867

Unknown said...

Masih ade lagi ke tiket utk harga ni?

Anonymous said...

Saya ada sent email dgn awak....
nuruljannah109@gmail.com

Anonymous said...

Saya ada sent email dgn awak....
nuruljannah109@gmail.com

Eve said...

Sye akn ke Guangzhou on Cristmas 2016....tq share info huhu

Unknown said...

Insyaallah sampai nnti.. 27hb